Natijah.

MOHD ISKANDA ABD MAJID:
Ada seorang fakir miskin melewati jalan di Madinah. Di sepanjang jalan, di setiap rumah dia melihat kebanyakan penghuninya memakan daging. Dia pun merasa sedih kerana jarang sekali dapat makan daging. Dia pulang ke rumahnya dengan hati yang jengkel.

Sesampai di rumah, isterinya menyajikan kacang rebus. Dengan hati terpaksa, dia memakan kacang itu seraya membuang kupasan kulitnya ke luar jendela. Dia sangat bosan dengan kacang yang dimakannya.

Dia berkata pada isterinya,😩 _“Bagaimana hidup kita ini..? Orang lain makan daging, kita masih makan kacang..”_

Tak lama kemudian, dia keluar ke jalan di pinggir rumahnya.. Alangkah terkejutnya, dia melihat seorang lelaki tua duduk di bawah jendela rumahnya, sambil memungut kulit-kulit kacang yang dibuang olehnya dan memakannya seraya bergumam :

ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﺍﻟﺬﻱ ﺭﺯﻗﻨﻲ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺣﻮﻝ ﻣﻨﻲ ﻭﻻ ﻗﻮﺓ

_“Segala puji bagi Allah subhanahu wata’ala yg telah memberiku rezeki tanpa harus mengeluarkan tenaga..”_

Mendengar ucapan lelaki tua itu, dia menitiskan air mata, seraya bergumam :

ﺭﺿﻴﺖ ﻳﺎ ﺭﺏ

*_”Sejak detik ini, aku rela dengan apapun yang Engkau berikan Yaa Allah..”_*

*

*Sahabatku…..*

👉Rezeki itu yang penting sentiasa mengalir tak kira besar kecilnya. Jangan Berharap mengalir seperti Banjir, jikalau tak pandai berenang maka boleh tenggelam

ﺇﻟﻰ ﻣﺘﻰ ﺃﻧﺖ ﺑﺎﻟﻠﺬﺍﺕ ﻣﺸﻐﻮﻝ

ﻭﺃﻧﺖ ﻋﻦ ﻛﻞ ﻣﺎ ﻗﺪﻣﺖ ﻣﺴﺌﻮﻝ

_*”Sampai bila engkau sibuk dengan kelazatan duniawi, sedangkan engkau akan ditanya tentang semua yg engkau lakukan..”*_

Berkata Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu :

ﻣﻦ ﻛﺎﻧﺖ ﻫﻤّﺘﻪ ﻣﺎ ﻳﺪﺧﻞ ﻓﻲ ﺑﻄﻨﻪ ﻛﺎﻧﺖ

☝_*Barangsiapa perhatiannya hanya pada apa yang masuk ke dalam perutnya, maka nilai seseorang tidak lebih dari apa yg keluar dari perutnya*..”_

Rezeki itu bukan saja hanya dalam bentuk wang, banyak pekerjaan, banyak tabungan, punya banyak Asset disana-sini, intinya : *HARTA & HARTA*

Tapi Rezeki _*Ternyata..*_

👉Langkah kaki yg dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah rezeki..

👉 Langkah kaki yg dimudahkan untuk sholat berjemaah di masjid, adalah rezeki..

👉Hati yg Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki..

 

🌼🌻🌼🌻🌼🌻

Adab

🕌🌾✍Adab sulok ✨

Kenapa tak boleh cerita natijah dalam suluk pada orang lain ?

Kurniaan itu hanya diberikan atau diilhamkan Allah S.W.T kepada kita dan ia menjadi rahsia yang
mesti disimpan.Hanya perlu melaporkan atau merepot kepada Guru mengenai sesuatu natijah itu
sebagai adab.
Semasa peristiwa isra’ dan mikra’,Saidina Jibrail pun tidak mengikut Nabi S.A.W ketika Baginda
mengadap Allah SWT di Sidratulmuntaha.Baginda Rasulullah S.AW bersabda,
‘ sesungguhnya setengah daripada ilmu itu sangat rahsia seperti keadaan sesuatu yang
tersembunyi.’✨💫